ENCHANTEUR Stunning | Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona

 “Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C

Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.


ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.


Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari. ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.

ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml.
 
Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60.
Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40
 
Manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80. Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.
Share:

1 comment:

Most Recent

3/recent/post-list

Popular Posts

Labels

Recent Posts

Unordered List

  • Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit.
  • Aliquam tincidunt mauris eu risus.
  • Vestibulum auctor dapibus neque.

Label Cloud

Sample Text

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Pages

Theme Support

Need our help to upload or customize this blogger template? Contact me with details about the theme customization you need.